Friday, March 20, 2009

Bismillah..

Kepada Mu ya Allah ak memohon..
Mudahkanlah hari2nya, agar kehidupannya tenang..
Terangi hari2nya, agar dia sentiasa nampak kebenaran-Mu..
Maniskanlah hari2nya, agar dia sentiasa tersenyum kerana-Mu..

Kepada Mu ya Allah ak memohon..
Sucikanlah hatinya, agar dia sentiasa merindukan-Mu..
Kuatkanlah hatinya, agar dia dapat menempuh segala dugaan dari-Mu..
Bersihkanlah hatinya, agar dia mendapat keredhaan-Mu..

Kepada Mu ya Allah ak memohon..
Sempurnakanlah dirinya, agar dia sentiasa bersyukur kepada-Mu..
Sempurnakanlah akhlaknya, agar dia sentiasa sujud kepada-Mu..
Sempurnakanlah Imannya, agar dia makin mencintai-Mu..

Dengan namaMu ya Allah yang maha pemurah dan maha penyayang,
Kami bersyukur kepada Mu Tuhan sekalian alam,
Yang maha pemurah dan maha penyayang,
Tuhan kepada hari pembalasan,
Kepada Mu kami sembah dan kepada Mu kami memohon,
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
Jalan orang2 yang Engkau redhai,
Dan bukan pula jalan yang Engkau murkai dan bukan juga jalan orang2 yg sesat..

Kepada Mu ya Allah ak memohon..
Semoga dirinya dapat memaafkan ak..
Amin..

2 comments:

  1. Siapa 'dirinya' yang dimaksudkan?? di akhir perenggan...siapa? siapa???

    ReplyDelete
  2. InsyAllah tuk sape2 yg penting tuk diri ini..

    ReplyDelete